KUCHING 18.12.20 - YAB Ketua Menteri Sarawak terlebih dahulu menggucapkan tahniah kpd pihak DBKU dan 50 buah KJM kerana sentiasa merapatkan kemesran dikalangan Masyarakat dalam kawasan DBKU.
YAB Abg Jo juga mengucapkan tahniah kepada DBKU dan Komuniti dapat mengawal merebaknya C19.
YAB juga menekan keperluan pembesaran kampung di dalam Petra Jaya secara berstruktur. Pembinaan rumah diatas lot yang telah dikenalpasti akan dibina pasarana terlebih dahulu dibawah tanggungan Kerajaan GPS. Rumah akan dibina dengan pembiayaan dari Mutiara Mortgage Sdn Bhd dengan hanya mengenakan kadar interest serendah 1%. sahaja bagi B40.
Akhir ucapan, YAB Abg Jo mengatakan bahawa Kejiranan Mesra adalah satu semangat untuk "Sayang kepada jiran, jiran akan sayang dengan masyarakat, manakala masyarakat akan sayang kepada Negeri".
Diakhir majlis, YAB Abg Jo turut menyampaikan 8 Kategori Anugerah KJM 2020 kepada para Pemenang anugerah.
Turut hadir, YB Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman, YB Hazlan Abg Hipni, Datu Bandar DBKU, Datu Junaidi Raduan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Seri Abu Bakar bin Marzuki dan kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku